Bangunan Universiti Islam yang musnah dan rosak dilihat selepas serangan Israel di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan kumpulan Islam Palestin Hamas di Gaza pada 13 Oktober 2023. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Keputusan kes jenayah Israel ke atas Palestin esok

THE HAGUE, 25 JAN: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan keputusannya pada Jumaat berhubung permintaan langkah sementara yang dikemukakan Afrika Selatan dalam kes genosid Israel, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kes berkenaan membabitkan Pelaksanaan Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Semenanjung Gaza (Afrika Selatan lawan Israel), menurut mahkamah menerusi satu kenyataan media.

Sidang umum akan berlangsung pada 1 tengah hari di Peace Palace di The Hague, Belanda dan perintah mahkamah akan dibacakan.

Pada 29 Disember 2023, Afrika Selatan memfailkan kes terhadap Israel, menuduhnya melakukan “genosid” ketika pencerobohan ke atas Gaza.

Perbicaraan mengenai kes itu berlangsung selama dua hari bermula 11 Januari 2024.

– BERNAMA-WAFA


Pengarang :