PBTSELANGOR

Bayar cukai taksiran, kompaun MBSA di pekarangan Plaza Shah Alam esok

SHAH ALAM, 26 JAN : Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels (SAOW) beroperasi esok di pekarangan tempat letak kenderaan Plaza Shah Alam Seksyen 9, di sini.

Pengarah Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam Mohd Azhar Mohd Sharif berkata kaunter itu dibuka bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.

MBSA juga memberikan 50 mata ganjaran sebanyak bagi pengunjung yang membuat urusan di SAOW pada hari tersebut.

“Sebanyak 50 mata ganjaran juga akan diberikan secara automatik ke dalam akaun MyMBSA selepas membuat pendaftaran.

“Pelbagai hadiah menarik boleh di tebus melalui program Shah Alam E-Loyalty,” katanya dalam kenyataan.

Pejabat bergerak itu merupakan platform disediakan MBSA untuk memudahkan pelanggan berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

Antara kemudahan disediakan ialah perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta serta kaunter aduan.


Pengarang :