ADN Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri ketika ditemui media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2023 di Bangunan SUK pada 10 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

400 keluarga Cina di Pelabuhan Klang terima baucar beli-belah

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 27 JAN: Sebanyak 400 baucar beli-belah bernilai RM200 akan diagih kepada penduduk kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang sempena Tahun Baharu Cina.

Wakil rakyatnya Azmizam Zaman Huri berkata baucar berkenaan membolehkan penerima membeli keperluan persiapan meraikan perayaan itu sekali gus meringankan mereka.

“Ketika ini ia masih dalam peringkat saringan permohonan dan kita berharap dengan bantuan Kerajaan Negeri ini dapat memberi keceriaan kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam membuat persiapan Tahun Baharu Cina.

“Penyerahan baucar akan diadakan pada 3 Februari ini di Pasaraya Econsave Pandamaran,” katanya.

Sebelum ini, EXCO pembasmian kemiskinan berkata sebanyak 23,900 baucar beli-belah sempena perayaan Tahun Baharu Cina membabitkan peruntukan RM4.78 juta disediakan tahun ini.

V Papparaidu memaklumkan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 22 kawasan pembangkang menerima kuota antara 400 hingga 550 baucar mengikut populasi penduduk Cina di kawasan masing-masing.


Pengarang :