EXCO Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana Najwan Halimi bercakap kepada Media Selangor ketika program Saringan Kesihatan Peka B40 Percuma DUN Kota Anggerik di Dewan Jenjarum MBSA Seksyen 11, Shah Alam pada 27 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

400 warga DUN Kota Anggerik terima baucar RM200 sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 27 JAN: Sebanyak 400 baucar Jom Shopping bakal diagih kepada penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik sempena Tahun Baharu Cina.

Wakil rakyatnya Mohd Najwan Halimi berkata penyerahan baucar bernilai RM200 itu akan diagihkan kepada penerima di pasaraya besar Giant, Seksyen 13 di sini pada 4 Februari .

“Mereka yang layak akan menerimanya nanti dan diharap ia dapat meringkan beban penerima dalam menyediakan kelengkapan menyambut perayaan itu,” katanya ditemui selepas program Karnival Kesihatan DUN Kota Anggerik di sini.

Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi beramah mesra bersama peserta ketika meninjau program Saringan Kesihatan Peka B40 Percuma DUN Kota Anggerik di Dewan Jenjarum MBSA Seksyen 11, Shah Alam pada 27 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tahun ini Kerajaan Negeri menyediakan 23,900 baucar Jom Shopping sempena sambutan Tahun Baharu Cina melibatkan dana RM4.78 juta

Belanjawan Selangor 2024 memperuntukkan RM16.48 juta bagi baucar Jom Shopping meliputi 82,400 penerima ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali.

Syarat permohonan antaranya pendapatan isi rumah bagi penerima manfaat bawah RM3,000 sebulan.


Pengarang :