Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah (lima, kiri) bersama kakitangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) pada Majlis Pelancaran Batik Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 1 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Penjawat awam negeri gayakan Batik Selangor setiap Khamis, popularkan baju rasmi

SHAH ALAM, 28 JAN: Kira-kira 28,000 penjawat awam negeri akan mengenakan baju rasmi bercorak Batik Selangor pada setiap Khamis mulai tahun ini.

EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata pemakaian batik bermotif bunga tanjung sembilan kelopak itu akan diperluas kepada kakitangan agensi serta anak syarikat Kerajaan Negeri.

“Pengusaha batik di Rawang bertanggungjawab untuk menyiapkan tempahan ini. Mereka berpengalaman luas mencanting batik termasuk pakaian perdana menteri.

EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah berucap pada Majlis Perasmian Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2023 di Galeri Shah Alam pada 27 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Ramai pengusaha terlibat dan kita membahagikan tempahan supaya lebih cepat siap. Kita akan edarkan tahun ini secara berperingkat dan ia sudah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis perasmian Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2023 (PTGSA23) di sini semalam.

Kakitangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) menggayakan Batik Selangor pada majlis pelancaran di Bangunan Annex, Shah Alam pada 1 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Ketika melancarkan Batik Selangor pada DIsember 2022, Dato’ Menteri Besar berkata rekaan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) serta Kraftangan Malaysia digayakan kumpulan EXCO, ahli dewan negeri dan penjawat awam sebagai permulaan.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, pemakaian batik yang menjadi identiti negeri itu diikuti pimpinan ketua kampung, ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan akar umbi supaya pakaian itu dapat dipopularkan.

Kakitangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) menggayakan Batik Selangor pada majlis pelancaran di Bangunan Annex, Shah Alam pada 1 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :