Pada 30 Januari, berakhirlah tempoh lima tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Baginda memegang tampuk tertinggi negara sejak 31 Januari 2019 menggantikan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V yang meletak jawatan.
Sepanjang bersemayam di Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menempuh pelbagai cabaran khususnya kemelut politik apabila berlaku perpecahan gabungan parti kerajaan persekutuan dan negeri.
Selain itu, Al-Sultan Abdullah turut berdepan pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada kelangsungan hidup rakyat.
Meski mengharungi pelbagai rintangan, Al-Sultan Abdullah berjaya mengemudi negara, sekali gus menjadi lambang kestabilan serta perjuangan melawan wabak maut.
Baginda akan diganti kekanda iparnya Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkuat kuasa 31 Januari ini.
Sempena tamat penggal pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selangorkini merakam sebahagian kegiatan Baginda.
Selain sumber Bernama, himpunan foto ini ihsan Facebook dan Instagram Istana Negara. Keterangan disediakan HAFIZAN TAIB.