Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penduduk dalam program Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak: Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Gombak pada 28 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 5,000 meriahkan Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak 2024

GOMBAK, 28 JAN: Lebih 5,000 warga Gombak memeriahkan Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak 2024 dan Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan di sini, hari ini.

Pelbagai aktiviti diadakan seawal jam 8 pagi di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai antaranya pertandingan bola sepak dan kaunter pameran agensi serta jabatan kerajaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak 2024 dianjurkan setiap bulan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah parlimen itu.

“Kita anjurkan program ini setiap bulan. Kita ada tiga DUN. Hari ini kemuncaknya kita buat di DUN Sungai Tua untuk raikan penduduk di sini dengan tema usahawan dan budaya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama ikut serta persembahan tarian kebudayaan Orang Asal sempena Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak: Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Gombak pada 28 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Ini masanya saya datang untuk kita bersua muka, beramah mesra serta dapat menguruskan apa jua pendaftaran pelbagai agensi,” katanya ketika berucap dalam program berkenaan.

Turut hadir Setiausaha Politiknya Rahim Kasdi; Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak: Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Gombak pada 28 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Amirudin turut meluangkan masa menonton Liga Bola Sepak Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun selain menyampaikan cek cura bagi pembiayaan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) dan Skim Perlindungan Insurans Am (INSAN).

Antara kaunter agensi yang dibuka adalah Sistem Pangkalan Data Utama (Padu), Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), saringan kesihatan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Penduduk membuat pendaftaran bagi mendapatkan baucar Mesra Usia Emas (SMUE) ketika Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak: Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Gombak pada 28 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :