Setiausaha Politik Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada penyanyi veteran Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman atau lebih dikenali Shima di kediamannya di Kuala Lumpur pada 30 Januari 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Anwar serah sumbangan kepada penyanyi Shima, doa diberi kekuatan

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan buat penyanyi veteran Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman atau lebih dikenali Shima, yang kini menghidap penyakit bronchitis.

Dalam catatan di Facebooknya, Anwar berkata Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi berkesempatan menziarahi pelantun lagu ‘Teringin’ itu, yang kini tidak boleh menyanyi sekali gus terputus sumber pendapatan akibat penyakit yang dihidapinya.

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan Shima.

“Saya mendoakan Shima dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” menurut catatan itu.

— BERNAMA


Pengarang :