Foto Facebook Istana Negara
AGENDANASIONAL

Amirudin sifatkan Al-Sultan Abdullah pemerintah bijaksana, memakmur negara

SHAH ALAM, 30 JAN: Dato’ Menteri Besar menyifatkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memerintah negara ini dengan ketinggian hikmah dan kebijaksaan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tempoh pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong selama lima tahun membawa perpaduan dan kemakmuran negara yang dinikmati sekalian rakyat jelata.

“Merafak sembah menjunjung kasih, terima kasih tidak terhingga dipersembah Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan keafiatan DYMM Tuanku berdua bersama kerabat diraja. Daulat Tuanku! Dirgahaya Tuanku!,” katanya di Facebook.

Foto Facebook Amirudin Shari

Pengarang :