BERITA UTAMAEXCOPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Rumah kampung yang layak dikecuali cukai mulai 2024

SHAH ALAM, 2 FEB: Pemilik kediaman kampung yang memerlukan dan berpendapatan sederhana akan terus menikmati pengecualian cukai taksiran tahun ini daripada Kerajaan Negeri.

Bagi memastikan program lancar, proses itu jelas EXCO kerajaan tempatan akan dimulakan dengan
pengeluaran bil secara fizikal akhir bulan ini oleh pihak berkuasa tempatan.

Menurut Dato’ Ng Suee Lim, pemilik yang menepati syarat kelayakan boleh memohon mulai 1 Mac hingga 31 Mei ini dan setiap keputusan permohonan boleh disemak mulai 1 September 2024.

“Kerajaan Negeri komited untuk terus memberikan bantuan kepada pemilik kedi aman kampung serta beberapa langkah baharu tahun ini bagi meningkatkan kemudahan.

“(Selain) kualiti fasiliti di persekitaran kampung sebagai usaha memelihara nilai dan makna kampung-kampung di Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syarat kelayakan seperti berikut:
• Warganegara Malaysia yang menetap di Selangor
• Pemilik berdaftar kediaman kampung di Selangor
• Keluasan rumah kampung 2,000 kaki persegi dan ke bawah
• Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
• Pemohon layak untuk satu akaun atau satu rumah sahaja

Beliau menambah pusat khidmat masyarakat juga bersedia membantu mempercepat dan menyempurnakan proses permohonan yang akan dibuat secara dalam talian dan fizikal.

Dalam pada itu, Suee Lim berkata hampir 100,000 pemilik kediaman kampung di seluruh negeri dibantu tahun lalu melalui pengecualian cukai taksiran dengan kos RM11.551 juta.

“Sejak bermulanya usaha ini, seramai 745,790 unit diberikan pengecualian dengan peruntukan RM91.498 juta,” katanya lagi.

 

 


Pengarang :