Pekerja melakukan Kerja membaik pulih Stadium Merdeka bagi persediaan menghadapi kejohanan bola sepak Piala Sultan Selangor (TSSC) yang dijadual berlangsung pada 17 Ogos 2024. Gambar dirakam pada 2 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSUKANKINI

Piala Sultan Selangor di Stadium Merdeka, kembalikan nostalgia bola sepak

KUALA LUMPUR, 3 FEB: Pemilihan Stadium Merdeka sebagai venue rasmi Piala Sultan Selangor (TSSC) yang dijadual berlangsung pada 17 Ogos depan bertujuan untuk mengembalikan nostalgia kegemilangan bola sepak tanah air.

Pengerusi Jawatankuasa TSSC Tan Sri Abd Karim Munisar berkata stadium berkenaan juga amat istimewa dan bersejarah buat Selangor dan Singapura yang pernah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak tujuh kali.

Pengerusi Jawatankuasa Piala Sultan Selangor (TSSC) Tan Sri Abd Karim Munisar ketika sidang media selepas melakukan tinjauan di stesen MRT, LRT dan Monorel yang berdekatan dengan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Kejohanan yang memasuki edisi ke-20 ini amat istimewa kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj memilih Stadium Merdeka sebagai gelanggang perlawanan pada 17 Ogos.

“Gelanggang keramat ini juga melahirkan lagenda Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, mendiang Datuk R. Arumugam, Datuk Santokh Singh dan Datuk Soh Chin Aun membantu pasukan negara layak ke Sukan Olimpik 1980,” katanya.

Abd Karim berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan stesen Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorel berdekatan stadium di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Piala Sultan Selangor (TSSC) Tan Sri Abd Karim Munisar menaiki Transit Aliran Massa (MRT) ketika melakukan tinjauan di stesen MRT, LRT dan Monorel yang berdekatan dengan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Menurut beliau, kerja membaik pulih stadium dijangka siap sepenuhnya pada Jun manakala tiket kejohanan  mula dijual pada Mei.

“Kita peruntukkan 1,500 tiket untuk pasukan Singapura dengan jangkaan kehadiran 20,000 penyokong.

“Bagi mereka yang tidak dapat memasuki stadium, tayangan skrin besar akan disediakan di perkarangan luar,” katanya yang turut memaklumkan Radio Televisyen Malaysia menyiarkan perlawanan secara langsung.

Pekerja melakukan Kerja membaik pulih Stadium Merdeka bagi persediaan menghadapi kejohanan bola sepak Piala Sultan Selangor (TSSC) yang dijadual berlangsung pada 17 Ogos 2024. Gambar dirakam pada 2 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Kejohanan kali ini menawarkan piala berprestij serta wang tunai RM80,000.

Untuk rekod, pilihan Selangor pernah meraih gelaran sebanyak sembilan kali iaitu pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013, 2014, 2018 dan 2019.

Pilihan Singapura pula pernah meraih gelaran sebanyak tujuh kali iaitu pada 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2016 dan 2017.


Pengarang :