AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Perisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang Isnin ini, siaran langsung di Media Selangor

SHAH ALAM, 3 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bakal menyempurnakan istiadat perisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang pada Isnin ini.

Majlis yang berlangsung di Hotel Wyndham Acmar, Klang itu disiar secara eksklusif di Facebook, Twitter, Tiktok dan YouTube Media Selangor selain saluran MYTV Mana-mana https://www.mana2.my bermula 8.30 pagi.

Acara bersejarah itu turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.

Pada Julai tahun lalu, Kerajaan Persekutuan mengumumkan Majlis Perbandaran Klang dinaik taraf kepada bandar raya sekali gus menjadi pihak berkuasa tempatan ke-20 memperoleh status berkenaan.

Berikutan itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menyalur peruntukan RM34.6 juta untuk menambah baik kemudahan awam di Klang antaranya pasar, tandas awam dan laluan pejalan kaki.

 


Pengarang :