KUALA LUMPUR, 3 FEB: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak kecemerlangan mereka apabila berjaya menempah tempat di final Masters Thailand di Bangkok, hari ini.
Pada aksi separuh akhir di Stadium Nimibutr itu, Tan Jie-Ee Wei yang berada di kedudukan kesembilan dunia menundukkan pasangan Jepun Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 21-11, 21-17.
Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan Tan Jie-Ee Wei ke atas gandingan Jepun itu pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2024 awal bulan lepas.
Tan Jie-Ee Wei bakal berdepan cabaran getir untuk memperoleh kejuaraan pertama tahun ini apabila dijadual bertemu pilihan pertama dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai di final esok.
— BERNAMA