Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning Preakas Sampunathan berucap ketika program Hari Tanpa Kenderaan MBSJ dan perasmian Taman Komuniti di Taman Komuniti Putra Heights, Subang Jaya pada 4 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

400 keluarga Tiong Hua DUN Kota Kemuning terima baucar perayaan

SHAH ALAM, 4 FEB : Seramai 400 keluarga Tiong Hua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning menerima baucar beli-belah sempena Tahun Baharu Cina.

Wakil rakyatnya S Preakas berkata sumbangan RM200 daripada Kerajaan Negeri itu bagi meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut perayaan.

“Tahun ini kita mendapat kerjasama daripada Pasaraya Mydin Sri Muda untuk penerima membeli-belah barangan keperluan sebagai persiapan Tahun Baharu Cina.

“Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak merigankan beban sekali gus dapat meraikan perayaan dengan gembira,”katanya.

Terdahulu berliau menghadiri Majlis Perasmian Taman Komuniti Putra Heights, Subang Jaya dan Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sini hari ini.

Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim (tengah) dan Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning Preakas Sampunathan (tiga, kanan) merasmikan program Hari Tanpa Kenderaan MBSJ dan Taman Komuniti di Taman Komuniti Putra Heights, Subang Jaya pada 4 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Bagi meraikan kaum Tiong Hua, Preakas berkata pihaknya turut menganjurkan rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Gelanggang Bola Keranjang Kota Kemuning petang ini.

Beliau turut mempelawa penduduk berhampiran hadir memeriahkan rumah terbuka itu yang berlangsung dari jam 5.30 petang hingga 8.30 malam ini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tahun ini Kerajaan Negeri menyediakan 23,900 baucar Jom Shopping sempena sambutan Tahun Baharu Cina melibatkan dana RM4.78 juta.

Belanjawan Selangor 2024 memperuntukkan RM16.48 juta bagi baucar Jom Shopping meliputi 82,400 penerima ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali.

Syarat permohonan antaranya pendapatan isi rumah bagi penerima manfaat bawah RM3,000 sebulan.

 


Pengarang :