Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengeluarkan kompaun atas kesalahan ubah suai bangunan kedai tanpa kelulusan bertulis terhadap pemilik premis burung walit di Pusat Perniagaan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 31 Januari 2024. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor
PBTSELANGOR

Penduduk adu bunyi bising, MPKS sita pembesar suara 11 premis burung walit

SHAH ALAM, 5 FEB: Pembesar suara di 11 premis burung walit disita Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) susulan aduan bunyi bising oleh penduduk.

Menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu operasi bersepadu dilakukan di Pusat Perniagaan Bestari Jaya dan Taman Ijok Utama pada 31 Januari lalu.

“Operasi ini dijalankan berikutan kacau ganggu bunyi bising yang ditimbulkan oleh pengusaha premis burung walit kepada pemilik perniagaan dan penduduk berhampiran.

“Sebanyak 11 premis diambil tindakan sitaan pembesar suara. Semua barangan sitaan dibawa ke stor tahanan Jabatan Penguatkuasa MPKS untuk tindakan lanjut,” katanya di Facebook.

 

Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menyita pembesar suara premis burung walit di Pusat Perniagaan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 31 Januari 2024. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Dalam operasi sama, MPKS turut mengeluarkan 11 kompaun mengikut Seksyen 70 (11) Akta 133 atas kesalahan melakukan ubah suai bangunan kedai tanpa kelulusan bertulis.

Operasi yang bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu membabitkan 17 kakitangan MPKS daripada pelbagai jabatan.


Pengarang :