Timbalan Setiausaha (Pengurusan) MBSA Asmah Mohd Zin menyerahkan sumbangan hamper kepada penghuni Rumah Persatuan Kebajikan Elderly Love Living Care Centre di Shah Alam pada 6 Februari 2024. Foto ihsan MBSA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA santuni warga emas, hulur bantuan sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 7 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyantuni penghuni Rumah Persatuan Kebajikan Elderly Love Living Care Centre di Seksyen U3 di sini, semalam.

Pengarah Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata kunjungan itu bagi menceriakan sambutan Tahun Baharu Cina 25 penghuni warga emas berketurunan Tionghoa di premis berkenaan.

“Tujuan kunjungan untuk menyantuni insan di rumah kebajikan tersebut disamping memberikan sumbangan berupa wang tunai dan hamper,” kata Mohd Azhar Mohd Sharif dalam kenyataan hari ini.

Turut hadir ke program berkenaan Timbalan Setiausaha (Pengurusan) MBSA Asmah Mohd Zin, Pengarah Pembangunan Komuniti MBSA Shahrin Ahmad dan pemimpin setempat.

Menurut Azhar, kunjungan berkenaan sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) selain akan meneruskan usaha menyantuni golongan memerlukan.

“Pihak MBSA akan meneruskan usaha menyantuni golongan memerlukan sejajar dengan komitmen untuk menjadikan MBSA sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang prihatin,” katanya.


Pengarang :