Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandan Indah Ir Izham Hashim (tiga, kanan) pada program penyerahan baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah pada 2 Februari 2024. Foto Facebook Izham Hashim
ADNSELANGOR

ADN Pandan Indah agih ayam segar, barangan asas sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 9 FEB: Sebanyak 250 ayam segar dan barangan keperluan asas diagih kepada penduduk bangsa Tionghua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Wakil rakyatnya Ir Izham Hashim berkata pihaknya turut menyampaikan sumbangan tunai RM200 kepada 50 penerima.

“Inilah rutin kami di Pandan Indah setiap kali menjelang perayaan besar kami akan cuba sedaya upaya mengurangkan beban golongan rentan ini.

“Semoga dengan sumbangan ini memberi keceriaan dan membantu mengurankan beban anda semua,” katanya di Facebook.

Izham turut memaklumkan sebanyak 400 baucar beli belah Jom Shopping perayaan Tahun Baharu Cina bernilai RM200 diagih kepada penduduk Tionghua yang layak di DUN berkenaan pada 2 Februari.

Kerajaan Negeri menyediakan 23,900 baucar Jom Shopping sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini melibatkan dana RM4.78 juta.

Belanjawan Selangor 2024 memperuntukkan RM16.48 juta bagi baucar Jom Shopping meliputi 82,400 penerima ketika sambutan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandan Indah Ir Izham Hashim (tiga, kiri) mengagihkan ayam segar dan barangan keperluan asas kepada penduduk bangsa Tionghoa di Dewan Undangan Negeri Pandan Indah pada 7 Februari 2024. Foto Facebook Izham Hashim

Pengarang :