AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hadiah cabutan bertuah antara tarikan di larian santai SFV pada 2 Mac

SHAH ALAM, 11 FEB: Pelbagai hadiah cabutan bertuah ditawarkan kepada peserta yang menyertai larian santai Ehsan SFV Fun Run anjuran Selangor Fruits Valley (SFV) pada 2 Mac hadapan.

Anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu memaklumkan sebanyak 1,000 penyertaan masih dibuka dengan yuran RM40 untuk dewasa dan RM25 untuk peserta kanak-kanak.

“Peserta juga berpeluang menikmati bertih jagung percuma, gula-gula kapas percuma dan air kelapa percuma selain aktiviti seni pasir dan cabutan bertuah.

“Mari datang bersama keluarga dan sahabat ke larian santai SFV di Bestari Jaya jam 7 pagi pada 2 Mac nanti,” katanya menerusi Facebook.

Menurutnya peserta yang berdaftar akan diberikan sehelai baju t-shirt, pingat, sijil penyertaan dan air kelapa pandan.

Pendaftaran larian santai SFV boleh dibuat menerusi pautan berikut https://www.mov3on.com/event-details.php?id=54 atau http://onelink.to/7yt99


Pengarang :