Skuad badminton negara, meraikan kemenangan ketika perlawanan akhir melawan Indonesia pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 20 Februari 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Dapatkan tiket percuma kejohanan badminton Asia mulai Selasa

SHAH ALAM, 11 FEB: Orang ramai berpeluang menonton Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 dengan mendapatkan tiket percuma mulai Selasa ini.

Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor di Facebook memaklumkan pemenang bertuah berpeluang merasai pengalaman eksklusif melihat gelagat pemain di sebalik tabir kejohanan.

“Rebut peluang untuk memenangi tiket percuma bagi menyaksikan aksi pemain-pemain badminton terbaik Asia di Kejohanan BATC 2024.

“Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu ‘like’ halaman @batc.asia @msnselangor @victormalaysia_official, kemudian komen kenapa anda ingin memenangi tiket ini dan ‘tag’ dua rakan anda,” katanya.

Selangor sekali lagi menjadi tuan rumah dalam kejohanan BATC 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia Alam pada 13 hingga 18 Februari.

Sebelum ini, EXCO Sukan Najwan Halimi berkata lebih 300 pemain termasuk bertaraf dunia bakal berentap dalam kejohanan berprestij itu, yang menjadi medan ke Piala Thomas dan Uber 2024.

Pada 2022, Selangor buat julung kali menjadi tuan rumah BATC yang diselaraskan Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Badminton Asia dan Persatuan Badminton Malaysia.

 


Pengarang :