Pengenalan diri dan foto lima bersaudara Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid yang menghiasi dinding kiri pintu masuk pameran Pameran Anak-Anak Sidek: Legenda Badminton Negara dirakam pada 7 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

7,000 lawat Pameran Anak Sidek, program menarik pikat pengunjung

SHAH ALAM, 11 FEB: Lebih 7,000 pengunjung melawat Pameran Anak-Anak Sidek di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah di sini sejak dilancar November tahun lalu.

EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata jumlah pengunjung pameran yang dianjur sehingga April depan dijangka terus meningkat sepanjang cuti sekolah ini.

“Pelbagai program menarik disediakan seperti pertandingan mewarna dan foto, kuiz pengunjung serta teka jumlah bulu tangkis.

“Menariknya juga pada 24 Februari nanti pengunjung berpeluang bertemu dengan pelukis komik anak-anak Sidek, kartunis Ajib,” katanya kepada Selangorkini.

Pengunjung melihat Pameran Anak-anak Sidek yang berlangsung sehingga 30 April ini di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. Foto Facebook Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)

Pameran Anak-anak Sidek menceritakan kisah kejayaan keluarga Datuk Sidek Abdullah Kamar yang berjaya membentuk lima anak lelakinya sebagai pemain badminton ternama dunia.

Allahyarham hanya melatih Misbun, Razif, Jalani, Abdul Rahman dan Abdul Rashid di gelanggang kediamannya di Kampung Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat.

Antara koleksi dipamerkan adalah pingat kejuaraan kejohanan dunia World Cup Badminton, Men Doubles Winne, All England, Komanwel, Sukan Asia, Sukan Sea dan cenderamata dihadiahkan kepada mereka lima beradik.


Pengarang :