Lembaga Zakat Selangor (LZS) mempelawa majikan menyertai bengkel khas secara percuma bagi pengurusan zakat pendapatan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 22 Februari 2024. Foto Facebook LZS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Majikan dipelawa sertai bengkel percuma urus zakat pendapatan

SHAH ALAM, 12 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mempelawa majikan menyertai bengkel secara percuma pada 22 Februari bagi mendapatkan maklumat potongan zakat bulanan untuk kakitangan.

Dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam, bengkel khas bertajuk ‘Peranan Majikan Berkaitan Zakat dan Cukai’ terhad kepada 80 majikan sahaja.

“Adakah anda selaku pemilik syarikat atau selaku wakil bahagian sumber manusia, kewangan atau pentadbiran sudah membuat potongan zakat bulanan untuk kakitangan anda?

“Jika belum dan mahu mengetahui maklumat lebih lanjut, jom sertai bengkel khas anjuran LZS dengan tajuk Peranan Majikan Berkaitan Zakat dan Cukai,” kata agensi itu di Facebook.

Menurut LZS, bengkel tersebut akan mengupas berkaitan skim potongan gaji, sistem e-majikan, agihan zakat serta pengharmonian antara zakat dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jelasnya, pendaftaran boleh dibuat sebelum 16 Februari menerusi pautan https://Forms.Office.Com/R/6wiqexki4v atau imbas kod QR di poster.

Untuk maklumat lanjut, hubungi wakil LZS Mohamad Shakor di talian 019-271 7719 atau Mohd Hatta di talian 019-388 0573.


Pengarang :