Seorang peserta program Kembara Media 2023 Jabatan Penerangan Malaysia beraksi dalam cuaca panas di Gua Damai Gombak pada 9 Mei 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

EXCO: Cuaca panas di Selangor masih terkawal

SHAH ALAM, 13 FEB: Cuaca panas yang melanda beberapa kawasan di negeri ini masih terkawal dan berada pada tahap tidak membimbangkan, kata EXCO Alam Sekitar.

Jamaliah Jamaluddin berkata pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung ancaman musim panas daripada Jabatan Alam Sekitar negeri (JAS).

“JAS belum ada hantar ancaman musim panas di Selangor. Kalau JAS ada terima amaran dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru kita buat tumpuan.

“Sekarang semuanya masih terkawal. Sekiranya ada ancaman (musim panas) kita akan dimaklumkan,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

MetMalaysia dalam kenyataannya semalam memaklumkan empat daerah di Semenanjung akan mengalami cuaca panas tahap satu selama tiga hari berturut.

Empat daerah yang berdepan suhu maksimum sehingga 37 darjah selsius itu adalah Langkawi dan Pokok Sena di Kedah serta Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim sebelum ini berkata semua empangan dan simpanan air di Selangor mampu bertahan sehingga sembilan bulan sekiranya negeri berdepan cuaca panas atau fenomena El Nino.


Pengarang :