Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerima cenderamata sempena perasmian Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 13 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Kejohanan badminton Asia bermula hari ini, terima tajaan PKNS, MBI

SHAH ALAM, 13 FEB: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 yang membuka tirainya hari ini hingga Ahad depan.

Amirudin berkata beliau bangga apabila Selangor sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran kejohanan berprestij itu selepas kali pertama dianjur pada 2022.

“Kerajaan Negeri berbangga dipilih sebagai lokasi penganjuran BATC 2024 ini. Ini merupakan kali kedua Selangor dipilih. Selain menjadi negeri maju, Selangor turut melahirkan atlet Malaysia bertaraf dunia,” katanya.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam dekat sini, Amirudin turut menerima serahan penajaan beberapa pihak termasuk anak syarikat Kerajaan Negeri.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor merupakan penaja utama selain enteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan SP Setia turut menaja kejohanan

Sementara itu EXCO Sukan Najwan Halimi menggalakkan orang ramai datang membanjiri kejohohanan bagi memberi sokongan semangat kepada semua pemain terutama 22 atlet negara.

“Tiket boleh didapatkan secara dalam talian atau boleh beli di sini. Sepanjang enam hari, kita jangka 15,000 penonton akan hadir.

“Kejohanan ini juga mendapat liputan secara langsung di Astro Arena. Kita harap persembahan mantap dari pasukan negara,” katanya.

BATC 2024 yang dianjur kali kedua di negeri ini melibatkan 15 negara termasuk nama besar arena badminton antaranya China, Indonesia, Korea Selatan dan Jepun.

Cabaran Malaysia yang tampil sebagai juara bertahan digalas empat pemain perseorangan iaitu Ng Tze Yong, Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Eugene Ewe manakala beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B dan bakal bersaing dengan Brunei, Kazakhstan dan Taiwan.


Pengarang :