PBTSELANGOR

MPAJ buka kaunter pandu lalu bayar cukai taksiran, dari Isnin hingga Jumaat

SHAH ALAM, 14 FEB: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuka kaunter pandu lalu di aras 1 Menara MPAJ bagi memudahkan orang ramai membayar cukai taksiran.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu kaunter dibuka pada Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 4 petang.

“Jom Bayar Cukai Taksiran MPAJ. Bersama kita tunaikan tanggungjawab kita. Kerjasama Anda, Kejayaan Kita Bersama,” katanya di Facebook.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-42857004 /7282/7122/7043 atau e-mel [email protected].

 


Pengarang :