Pengurus Besar HIS Toyibba Muhammad Syaril Showkat Ali pada Majlis Apresiasi Program HIS Operator sektor industri halal di Pavilion Selangor Mitec Kuala Lumpur pada 12 September 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

900 usahawan disasar guna aplikasi e-dagang Imfan, luaskan pasaran produk

SHAH ALAM, 14 FEB: Seramai 900 usahawan disasar menggunakan aplikasi e-dagang, International Muslim Friendly Affiliated Network (Imfan) untuk memasarkan produk mereka.

Dijangka dilancarkan April ini, aplikasi itu menurut Halal International Selangor (HIS) Toyyiba Sdn Bhd akan meluaskan pasaran produk tempatan terutama keluaran usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Pengurus Besarnya Muhammad Syaril Showkat Ali berkata aplikasi berkenaan lebih mesra peniaga dan pengguna berbanding platform Imfan yang sebelum ini hanya di laman sesawang.

“Imfan terbuka kepada semua usahawan terutama PMKS untuk memasarkan produk mereka sama seperti platform e-dagang lain selain pelbagai program untuk peniaga termasuk bimbingan pensijilan halal,” katanya ketika dihubungi.

HIS Toyyiba Sdn Bhd adalah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menjadikan Selangor sebagai negeri bertaraf global dalam industri halal. Ia adalah agensi peneraju kepada tiga inisiatif Pelan Tindakan Halal Selangor (SELHAP).


Pengarang :