Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis Perhimpunan Setia Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 15 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: Jasa anggota APM Selangor depani bencana amat dihargai

SHAH ALAM, 15 FEB: Jasa dan pengorbanan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor dalam mendepani situasi bencana termasuk banjir besar dan pandemik Covid-19 amat dihargai.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pasukan tersebut berperanan besar mengawal situasi bencana termasuk memberi pedoman kepada mangsa yang terjejas.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis Perhimpunan Setia APM Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 15 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kehadiran mereka amat signifikan dan memberi kesan yang sangat baik terutama dalam mengawal situasi banjir dan pandemik Covid-19 termasuk memberi pedoman kepada mangsa.

“Kesiapsediaan mereka perlu dan kita akan perkukuhkan lagi dengan unit bencana untuk berdepan sebarang kebarangkalian pada masa depan,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Setia APM Selangor hari ini.

Terdahulu, majlis yang berlangsung di Dewan Jubli Perak di sini dihadiri kira-kira 500 anggota APM Selangor.

Selaku Pesuruhjaya Kehormat APM, Amirudin turut berterima kasih kepada semua rakan strategik pasukan berkenaan yang banyak membantu menjayakan program, operasi dan penugasan sepanjang tahun lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor ketika majlis Perhimpunan Setia APM Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 15 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :