Ahli Dewan Negeri Seri Setia Dr Fahmi Ngah menyampaikan hadiah pertandingan baju cantik kepada peserta program Khatan Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya pada 17 Februari 2024. Foto FITRI HAZIM HAZAM/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

37 kanak-kanak sertai program khatan perdana DUN Seri Setia

PETALING JAYA, 17 FEB: Seramai 37 kanak-kanak menyertai program Khatan Perdana Dewan Undangan Negeri Seri Setia di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya di sini, hari ini.

Wakil rakyatnya Dr Fahmi Ngah berkata pihaknya membelanjakan RM6,000 bagi menampung kos pakej khatan laser, antibiotik, ubat tahan sakit dan makanan.

“Program menerima penyertaan menggalakkan daripada peserta seawal usia tujuh tahun sehingga 12 tahun.

“Program hari ini adalah siri pertama untuk tahun ini yang akan dikendalikan oleh tiga orang pengkhatan dari Klinik Pusrawi,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan,

Menurut beliau, program berkenaan bertujuan membantu ibu bapa yang berpendapatan rendah selain mengeratkan hubungan dengan penduduk.

“Program hari ini turut diserikan dengan pertandingan baju tercantik dalam kalangan peserta berkhatan dan kami berhasrat untuk menganjurkan lagi program ini pada masa akan datang,” katanya.


Pengarang :