EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari membuat lawatan ke reruai jualan selepas merasmikan Karnival Made In Kuang 2024 di Kompleks Penghulu Mukim Kuang, Rawang pada 17 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: Karnival jualan ketengah produk tempatan, perkasa wanita dalam bidang niaga

SELAYANG, 17 FEB: Karnival jualan Made In Kuang yang berlangsung dua hari bermula hari ini mampu mengetengahkan produk tempatan ke pasaran lebih meluas sekali gus menjamin pendapatan lebih tinggi.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berkata menerusi program berkenaan, peniaga yang kebanyakannya beroperasi dari rumah turut mendapat pendedahan ilmu perniagaan termasuk pemasaran produk secara dalam talian.

“Seramai 40 peserta menyertai karnival ini dan hampir 80 peratus merupakan peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) wanita. Secara tidak langsung program ini dapat memperkasa wanita dalam bidang perniagaan.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari membuat lawatan ke reruai jualan selepas merasmikan Karnival Made In Kuang 2024 di Kompleks Penghulu Mukim Kuang, Rawang pada 17 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Saya menyokong usaha ini dan berharap lebih ramai pihak menganjurkan program seumpamanya. Bukan hanya membantu mereka jana dapat pendapatan tetapi juga sediakan platform untuk memperluaskan produk,” katanya selepas merasmikan karnival terbabit.

Anfaal berkata program anjuran ahli majlis Zon 19 itu menjual pelbagai produk keluaran penduduk setempat antaranya keropok lekor, daging dendeng, kuih muih selain perkhidmatan urutan badan.

Berlangsung di Kompleks Penghulu Mukim Kuang, dekat sini program juga turut mengetengahkan kraftangan dihasilkan penduduk asal DUN terbabit seperti bakul rotan dan perhiasan.


Pengarang :