Ahli Dewan Negeri Kota Damansara, Muhammad Izwan Ahmad Kasim (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Saipolyazan M Yusop dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ara Damansara Medical Centre, Miranda Harumal bergambar bersama peserta pada Program Berkhatan 2024 yang diadakan di Atrium, Ara Damansara Medical Centre, Shah Alam pada 17 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Ibu syukur dua anak dapat tajaan berkhatan, bantu jimat belanja

PETALING JAYA, 18 FEB: Seorang kerani bersyukur dua anak lelakinya dapat menyertai program berkhatan percuma tajaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Pusat Perubatan Ara Damansara di sini, semalam.

Norafidah Rashid,39, ibu kepada empat anak berkata inisiatif berkenaan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga yang pada masa sama perlu membuat persiapan kembali ke sekolah bulan depan.

Norafidah rashid,39 pada Program Berkhatan 2024 yang diadakan di Atrium, Ara Damansara Medical Centre, Shah Alam pada 17 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN

“Pada awalnya saya dan suami merancang untuk sunat hujung tahun ini tetapi tidak menyangka urusannya dipermudahkan dan awal sedikit.

“Dua anak saya Mohd Farish Mohd Faizal dan Mohd Firash masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun teruja bila dimaklumkan akan sunat beramai-ramai pada cuti sekolah ini,” katanya ditemui pada program tersebut.

Bagi suri rumah, Noorhadzerah Md Yasin,38, pula menyifatkan tajaan berkhatan itu merupakan rezeki anak sulungnya berusia 10 tahun.

“Saya gembira kerana urusan anak sulung selesai dan bercadang untuk bawa adiknya bersunat kerana mudah menjaga kedua-duanya. Kami sekeluarga memang berhasrat untuk sunat anak tahun ini kerana dia ada bertanya bila mahu bersunat kerana sudahmemaklumkannya tahun lalu,” katanya.

Terdahulu, MBI menaja 20 kanak-kanak daripada golongan kurang berkemampuan menyertai program sunat 2024 di Pusat Perubatan Ara Damansara.

 


Pengarang :