Foto Facebook Hijrah Selangor
AGENSISELANGOR

Yayasan Hijrah tawar 50 tapak sewa bazar Ramadan di Shah Alam

SHAH ALAM, 19 FEB: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menawarkan 50 tapak sewaan bazar Ramadan di Seksyen 7 dan Seksyen 35 di sini.

Agensi itu memaklumkan bayaran RM750 termasuk khemah akan dikenakan dengan usahawan dibenarkan membuat dua kali bayaran.

Katanya 30 tapak sewaan ditawarkan di medan selera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 35 dan 20 lagi di tapak penjaja sementara, Jalan Platinum F 7/F, Seksyen 7.

“Peluang ini dibuka kepada usahawan yang masih mencari tempat niaga dan ingin menambah pendapatan menerusi bazar Ramadan,” katanya di Facebook.

Mereka yang berminat boleh menghubungi 012-9937120 (Fatin) dan 012-6493785 (Noreen) untuk maklumat lanjut.

Hijrah Selangor adalah institusi yang menawarkan pelbagai skim pembiayaan bagi membantu usahawan negeri ini.

Antaranya pinjaman modal sehingga RM20,000 menerusi Skim i-Bermusim terbuka kepada usahawan yang menjalankan perniagaan pada musim perayaan dan buah-buahan.

Selain i-Bermusim, Hijrah Selangor turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari dan i-Agro.

Foto Facebook Hijrah Selangor

Pengarang :