KL Spicegals FC (tengah) cuba merampas bola daripada pemain Perkemas FC dalam perlawanan kedua Liga Wanita Selangor 2024 di Stadium Arena MBSJ, Subang Jaya pada 18 Februari. Foto Persatuan Bola Sepak Selangor
AGENDASUKANKINI

Liga Wanita Selangor: FC Japan Malaysia belasah Sternen, kekal rekod tanpa kalah

SHAH ALAM, 19 FEB: FC Japan Malaysia, MBSJ FC dan KL Spicegals FC mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mudah melakar kemenangan kedua Liga Wanita Selangor (WSL) hujung minggu lalu.

Sternen FC menjadi mangsa terbaharu FC Japan Malaysia yang menang bergaya 4-0 menerusi gol Priyanka Kurunathan dan Afira Afizal diikuti dua jaringan Hosokawa Shiori pada minit ke-45 serta 50.

MBSJ FC terus mengekori rapat di kedudukan kedua kumpulan A dengan kemenangan 3-1 mengatasi Selangor FC menerusi dua jaringan Intan Sarah dan satu gol Steffi Sidhu di Stadium Arena MBSJ, Subang Jaya.

Uitm Lioness FC yang mendahului pada minit ke-30 menerusi jaringan Nurfariza terlepas peluang untuk melakar kejayaan sama selepas terikat 1-1 ketika menentang MBPJ FC hasil gol lewat permainan Henrietta Justin.

Dalam aksi kumpulan B, jaringan tunggal Puteri Noralisa pada minit-20 membolehkan KL Spicegals FC menewaskan Perkemas FC 1-0 untuk kekal di puncak liga.

SSS Leopard yang beraksi dalam perlawanan pertama musim ini tidak berdepan masalah membelasah Penang Real CJ 4-0 menerusi jaringan Ireena Syazreen, Dian Aqilah, Iman Izzah dan Nur Safura.

Turut mencatat kemenangan PNSB FC Shah Alam yang membelasah Galaxi Girls PJ 3-0 menerusi dua jaringan Puteri Umi Sofea pada minit ke-24 dan 48 serta satu gol Malikah Farzana.


Pengarang :