AGENDAJENAYAH

Kanak-kanak hilang di Sungai Kuala Sat ditemukan lemas

KUANTAN, 20 FEB: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Kuala Sat, Ulu Tembeling di Jerantut dekat sini kelmarin ditemukan lemas semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Azman Mat Kamis berkata mayat mangsa, Ali Mustaqim Rizman, ditemukan pada jam 3.05 petang pada kedalaman 18 meter dan kira-kira 20 meter dari lokasi mangsa dilaporkan dihanyutkan arus deras.

“Mangsa ke sungai itu bersama lima rakan untuk mandi pada jam 3.20 petang semalam (kelmarin) sebelum dia dikatakan menjerit meminta tolong 20 minit kemudian,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jerantut dan bedah siasat mengesahkan kematian anak bongsu daripada dua beradik itu adalah akibat lemas.

– BERNAMA


Pengarang :