Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berucap sempena majlis peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya pada 20 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kerajaan garis lapan etika wartawan, angkat martabat media sumber sahih

PUTRAJAYA, 20 FEB: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meluncurkan Kod Etika Wartawan Malaysia hari ini, yang menjadi garis panduan untuk semua agensi media melaksanakan tugas.

Garis panduan yang mengandungi lapan perkara utama itu bertujuan mengangkat martabat media sebagai sumber maklumat diyakini rakyat.

Pengenalan etika wartawan adalah inisiatif Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bagi menggantikan kod yang diguna pakai sejak 35 tahun lalu.

Kod Etika Wartawan Malaysia ialah:

  • Wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk
  • Wartawan hendaklah telus dan berintegriti
  • Wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi
  • Pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi
  • Kesahihan dan ketetapan maklumat
  • Wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber
  • Wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka
  • Wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan
Pegawai Penerangan Media Malaysia, Muhammad Syamil Zulkhairi (kiri) dan Aisyah Nazirah Abd Razak (kanan) memegang buku Kod Etika Wartawan Malaysia pada Majlis Peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya pada 20 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

 


Pengarang :