Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bercakap kepada media selepas majlis peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya pada 20 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kod etika tidak kongkong wartawan, disesuai dengan perkembangan teknologi

PUTRAJAYA, 20 FEB: Kod Etika Wartawan Malaysia tidak akan mengongkong atau menyekat kebebasan media, kata Menteri Komunikasi.

Fahmi Fadzil berkata kod etika yang diperkenalkan sejak 35 tahun dahulu itu ditambah baik untuk menyesuaikan dengan keperluan semasa dunia kewartawan dan perkembangan teknologi.

“Kalau kita tidak mendepani zaman maka kita akan dibelakangi. Dengan ada kod etika ini prinsip kebebasan bersuara itu memang kita akan pertahankan dan ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Namun dalam masa sama perku ada satu peningkatan kesedaran dan kemahiran dalam kalangan wartawan untuk mendepani zaman termasuk media sosial dan AI (kecerdasan buatan),” katanya selepas majlis peluncuran buku Kod Etika Wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata pengamal media akan mengikuti kursus AI yang dikendalikan Institut Akhbar Malaysia(MPI) akan menganjurkan kursus AI bagi mengatasi isu berita palsu.

“Saya akan minta rakan-rakan MPI adakan satu modul khusus untuk AI bagi manfaat rakan-rakan media. Ada beberapa perkara penting untuk rakan media mengetahui bukan sahaja hasilkan bahan tetapi penipuan dengan menyalahgunakan AI dalam kandungan untuk sebar berita palsu.

“Saya harap dalam masa tidak terlalu lama ada modul (AI) yang boleh menjemput rakan media untuk teliti dan mengikutinya,” katanya.

Buku Kod Etika Wartawan Malaysia yang diluncurkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya pada 20 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :