AGENDANASIONAL

MB ucap takziah buat keluarga Tun Abdul Taib

SHAH ALAM, 21 FEB: Dato’ Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menerusi Facebook, Dato’ Seri Amirudin Shari mendoakan semoga roh Tun Abdul Taib dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang disayangiNya.

“Merakamkan ucapan takziah buat keluarga dan seluruh rakyat Negeri Sarawak di atas pemergian Tun Abdul Taib Mahmud mantan Ketua Menteri dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak,” katanya.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Tun Abdul Taib merupakan perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak, apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum ini.

Beliau secara rasmi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ketujuh menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada 1 Mac 2014.

Setelah hampir 10 tahun memegang jawatan itu, Abdul Taib digantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri pada 29 Jan lepas.


Pengarang :