Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyampaikan Anugerah Liputan Media Tertinggi MAIS 2023 kepada wakil Media Selangor ketika majlis Penghargaan Rakan Strategik dan Rakan Media serta Pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Tunai Fidyah di Hotel Concorde, Shah Alam pada 21 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Media Selangor terima anugerah khas Mais, iktiraf liputan berita sepanjang 2023

SHAH ALAM, 21 FEB : Media Selangor Sdn Bhd memenangi Anugerah Liputan Media Tertinggi 2023 daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Anugerah khas yang disampaikan Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai menghargai peranan agensi media negeri itu dalam melaporkan serta memberi sokongan pelbagai aktiviti Mais.

Terdahulu, Abdul Aziz ketika berucap dalam majlis yang berlangsung di Hotel Concorde di sini,  berkata media berperanan menyampaikan maklumat sahih kepada masyarakat terutama berkaitan hal ehwal Islam di negeri ini serta perkhidmatan Mais.

“Mais mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menyebarkan liputan berhubung kejayaan, peristiwa dan aktiviti semasa Mais.

“Saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan dan sekiranya ada fakta yang kurang jelas boleh berhubung dengan pihak korporat Mais bagi memastikan kesahihan sesuatu maklumat,” katanya ketika Majlis Penghargaan Rakan Strategik dan Rakan Media hari ini

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyampaikan sijil penghargaan kepada media ketika majlis Penghargaan Rakan Strategik dan Rakan Media serta Pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Tunai Fidyah di Hotel Concorde, Shah Alam pada 21 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Menerusi majlis sama, Mais turut memberi sijil penghargaan kepada rakan media lain antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Radio Televisyen Malaysia, Media Prima Berhad dan Astro Awani.

Agensi lain ialah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), TV Alhijrah, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan, Bernama, Kosmo, Radio Selangor, Radio Klasik, Karangkraf dan blogger.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bersama penerima ketika majlis Penghargaan Rakan Strategik dan Rakan Media serta Pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Tunai Fidyah di Hotel Concorde, Shah Alam pada 21 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :