Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri bergambar bersama penerima selepas menyampaikan bantuan beras kepada penduduk berpendapatan rendah pada 17 Februari 2024. Foto Pejabat DUN Pelabuhan Klang
ADNSELANGOR

Ringan beban golongan B40, 1,000 kampit beras diagih sekitar Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 22 FEB: Syarikat makanan kucing MISHA menyumbang 1,000 kampit beras lima kilogram kepada penduduk berpendapatan rendah (B40) sekitar DUN Pelabuhan Klang.

Wakil rakyatnya Azmizam Zaman Huri berkata sumbangan bertujuan meringankan beban penduduk dalam berdepan kos sara hidup serta keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Ini satu usaha yang sangat dihargai kerana penduduk sememangnya memerlukan bantuan ini. Hampir setiap hari kami menerima permohonan keperluan makanan daripada penduduk.

“Simbolik penyerahan disempurnakan pada Sabtu lalu kepada 30 penerima. Baki 970 kampit beras akan diagih dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu Pengarah Urusan MISHA Dr Khoo Poh Huat berkata inisiatif bertujuan membantu rakyat terutama mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19

“Penularan wabak pada 2020 memberi kesan langsung kepada rakyat terutama ekonomi. Jadi kita cuba bantu ringankan beban ditanggung,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, MISHA yang beroperasi di Klang turut menyumbang RM10,000 kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin bagi membantu penduduk di sana.


Pengarang :