Permainan tradisional seperti congkak, dam ular antara aktiviti yang dianjurkan dalam Karnival Perpaduan Rumpun Selangor di Kuala Kubu Bharu pada 22 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Ketengah kebaya, kelingkan, congkak di Karnival Perpaduan Rumpun Selangor

HULU SELANGOR, 22 FEB: Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) mengetengahkan identiti Selangor pada Karnival Perpaduan Rumpun Selangor di daerah ini.

Penolong Kurator Unit Khidmat Luarnya berkata antara yang dibawa termasuk busana dan aksesori berkaitan Selangor seperti Kebaya Selangor dan Kelingkan yang boleh dipakai pengunjung.

Comeil Puteri Ibrahim berkata Padat juga mengetengahkan permainan tradisional seperti congkak dan dam ular dalam karnival berkenaan.

Comeil Puteri Ibrahim, Penolong Kurator Unit Khidmat Luar, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor ditemui dalam Program Karnival Perpaduan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 22 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Mereka boleh cuba busana yang kami bawa dan kami bantu pakaikan dengan aksesori dan pelbagai lagi. Rata-rata yang datang tidak tahu Selangor ada kebaya sendiri.

“Pengunjung juga boleh mencuba permainan tradisional yang mungkin ada antara mereka tidak pernah cuba atau kenal permainan yang ada,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, pengunjung Mohd Nizam Md Rais, 45, berkata karnival itu memberi ilmu pengetahuan baharu kepadanya sekeluarga untuk mengenali Selangor dengan lebih dekat.

“Pameran di sini memberi ilmu kepada kita bahawa Selangor ada banyak khazanah istimewa. Jika boleh karnival seperti ini diteruskan dan pameran mengenai Selangor diadakan lebih banyak,” katanya.

Mohd Nizam Md Rais, 45, ditemui dalam Program Karnival Perpaduan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 22 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Siti Asmah Othman, 43, berkata anaknya menyertai sukan futsal dan menyifatkannya pendekatan terbaik dalam menyemarakkan perpaduan kerana disertai pelbagai peringkat lapisan usia serta latar belakang.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperkenalkan Gagasan Rumpun Selangor bagi meraikan kepelbagaian dan menyemarak semangat perpaduan di negeri ini.

Amirudin berkata program tersebut diadakan di sembilan daerah dengan peruntukan RM4.5 juta.

Selain permainan tradisional seperti congkak dan dam ular, futsal antara aktiviti yang dianjurkan dalam Karnival Perpaduan Rumpun Selangor
di Kuala Kubu Bharu pada 22 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :