SHAH ALAM, 23 FEB: Pelajar institusi pengajian tinggi dan prauniversiti berpeluang membawa pulang wang tunai RM13,000 menerusi Pertandingan Debat Piala Dato’ Menteri Besar Selangor.
Dijadual berlangsung pada 8 hingga 10 Mac, pertandingan anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan Negeri terbahagi kepada dua kategori iaitu Institusi Pengajian Tinggi (RM8,000) dan Prauniversiti (RM5,000).
Bertempat di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) Kuala Selangor, kejohanan akan berlangsung dalam format Sistem Parlimen British.
Borang pendaftaran dan syarat pertandingan boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR yang tertera di dalam poster.