Oleh NAS NORZIELA NASBAH
GOMBAK, 24 FEB: Seramai 75 kanak-kanak menyertai program khatan di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves di sini, hari ini.
Majlis Khatan Perdana dengan kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Tua itu dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
Terdahulu Amirudin dalam ucapannya memuji inisiatif pengurusan masjid itu yang menganjurkan pelbagai aktiviti menarik untuk masyarakat sekitar.
“Selain meraikan anak-anak yang berkhatan, turut diadakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung seperti kaunter maklumat daripada agensi seperti PADU (Pangkalan Data Utama).
“Tahniah kepada pengurusan masjid dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuklah pengunjung mereka bukan beragama Islam.
“Ini memperlihatkan contoh mahabah dalam kita mendekatkan masyarakat dengan masjid yang menjadi ruangan untuk semua,” katanya.
Program dua hari itu menyaksikan peserta sunat perdana terdiri daripada anak kariah Masjid Jamek Al-Amaniah serta luar kariah.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/02/MB-new-1-500x375.jpg.webp)