Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) merasmikan program Rewang Komuniti Strata Selangor di Padang Awam Pandan Jaya, Ampang Jaya pada 24 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Wujud kediaman selesa, RM1 juta senggara lapan blok pangsapuri di Pandan Indah

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

AMPANG JAYA, 24 FEB: Kerajaan Negeri memperuntuk RM1 juta bagi membaik pulih lapan blok pangsapuri kos rendah di Pandan Indah seiring matllamat mewujudkan kediaman bertingkat yang selesa.

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif di bawah Skim Ceria itu adalah petunjuk jelas kesungguhan pentadbiran negeri ini untuk meningkatkan martabat setiap rakyat tanpa ada yang terpinggir.

“Peruntukan RM1 juta ini akan diputus sama ada untuk pembaikan atau naik taraf aspek kritikal. Jika tiada, kita akan tumpukan proses mengecat semula bangunan kediaman dengan kos sedia ada.

“Sepanjang tahun ini, sejumlah RM7 juta dibelanja melalui Skim Ceria. Kita berharap usaha ini dapat mewujudkan kediaman yang selesa dan selamat kepada komuniti pangsapuri kos rendah,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Rewang Komuniti Strata Negeri Selangor di Padang Awam, Taman Pandan Jaya, Ampang di sini hari ini. Turut hadir EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim dan EXCO Perumahan dan Kebudayaan Borhan Aman Shah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program Rewang Komuniti Strata Selangor di Padang Awam Pandan Jaya, Ampang Jaya pada 24 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Lebih 5,000 pengunjung sekitar Pandan Jaya menghadiri program Rewang Komuniti Strata 2024 itu dengan pelbagai acara menarik seperti pameran daripada agensi, sukan rakyat dan aktiviti melapah daging.

Terdahulu Amirudin ketika berucap berkata gugusan Pangsapuri Pandan Jaya menghadapi cabaran kepadatan penduduk tinggi yang mencapai lebih daripada 21,000 orang.

“Ia turut berlaku di kebanyakan gugusan kawasan lain di negeri ini. Dalam usaha mewujudkan kehidupan komuniti berkualiti, pembangunan ikatan dan hubungan akrab perlu ditekankan pihak berkaitan.

“Program rewang adalah satu simbolik yang kuat dalam mengeratkan kerjasama penduduk dengan pelbagai aktiviti yang disediakan selama dua hari,” katanya lagi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penduduk ketika program Rewang Komuniti Strata Selangor di Padang Awam Pandan Jaya, Ampang Jaya pada 24 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melapah daging ketika program Rewang Komuniti Strata Selangor di Padang Awam Pandan Jaya, Ampang Jaya pada 24 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penduduk ketika program Rewang Komuniti Strata Selangor di Padang Awam Pandan Jaya, Ampang Jaya pada 24 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penduduk ketika program Rewang Komuniti Strata Selangor di Padang Awam Pandan Jaya, Ampang Jaya pada 24 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Pertandingan mewarna ketika program Rewang Komuniti Strata Selangor di Padang Awam Pandan Jaya, Ampang Jaya pada 24 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 


Pengarang :