Wakil syarikat MAG Auto Garage memberi penerangan kepada sekumpulan belia berhubung program kemahiran dan peluang kerja yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan sempena Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 24 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Karnival Kerjaya di program Madani gamit graduan buru pekerjaan pertama

KUALA SELANGOR, 24 FEB: Karnival Kerjaya sepanjang tiga hari program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini dimanfaat sepenuhnya graduan yang mahu memburu pekerjaan pertama.

Graduan Universiti Antarabangsa Unitar S Thanesh, 24, mengakui teruja menghadiri temu duga dengan pelbagai syarikat dan berharap mendapat pekerjaan dalam bidang Teknologi Maklumat.

S Thanesh, 24,

“Saya sudah tamat pengajian dua bulan lalu dalam bidang teknologi maklumat (IT). Jadi saya datang ke sini untuk mohon apa-apa jawatan yang saya boleh buat.

“Sebuah syarikat angkaian serbaneka maklum ada kekosongan bidang IT dan harap ada rezeki kerana saya memang minat bidang ini,” kata anak tunggal yang menetap di Taman Bendahara di sini.

Sementara itu, Nur Alisa Najwa Nahar, 21, yang baharu tamat diploma sistem maklumat perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah turut mencuba nasib mencari pekerjaan bersesuaian.

Anak sulung daripada dua beradik yang tinggal di Tanjong Karang berkata dia mahu menimba pengalaman bekerja sebelum melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda.

Nur Alisa Najwa Nahar, 21,

“Saya tahu sekarang graduan tidak boleh terlalu memilih kerja, sebab itu saya datang ke sini bersama keluarga untuk lihat mana-mana peluang supaya saya boleh cari pengalaman.

“Jika boleh mahu dalam bidang akaun dan harap ada peluang itu pada program ini. Lagipun sebelum ini saya sudah mohon banyak syarikat perbankan tetapi belum ada rezeki,” katanya.

Lebih 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan 38 majikan dan syarikat sepanjang Program Madani Rakyat yang berlangsung dari semalam hingga esok.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerangkan cara menggangkat berat yang betul kepada penggunjung sempena Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 24 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Program itu menawarkan pelbagai acara menarik kepada pengunjung antaranya kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia, penukaran topi keledar percuma selain pelbagai perkhidmatan kerajaan.

Bermula 9 pagi hingga 10 malam, program itu kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat 163 perkhidmatan kerajaan persekutuan, negeri dan agensi berkaitan.

Pengunjung menjalani pemeriksaan telinga di reruai Selcare sempena Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 24 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :