Umat Islam bersembahyang di Masjidil Haram semasa ziarah haji tahunan di Mekah, Arab Saudi pada 8 Ogos 2019. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Jemaah umrah meninggal dunia dalam penerbangan dari Dubai ke Kuala Lumpur

NEW DELHI, 25 FEB: Wanita rakyat Malaysia meninggal dunia dalam penerbangan Emirates dari Dubai ke Kuala Lumpur.

Susulan kejadian itu, penerbangan terbabit melakukan pendaratan cemas di Chennai, India, pada pagi Sabtu.

Penumpang berusia 57 tahun itu dilaporkan mengalami sakit dada dan tidak sedarkan diri ketika penerbangan, lapor sebuah laman sesawang berita India.

Jenazah akan dihantar pulang ke Malaysia selepas menjalani bedah siasat di Chennai.

Wanita itu dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas menunaikan umrah.

– BERNAMA


Pengarang :