Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama selepas perlawanan persahabatan pilihan Menteri Besar Selangor melawan pilihan Menteri Besar Perak sempena Program Madani Rakyat Zon Tengah di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 25 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Aksi persahabatan, pilihan MB Selangor atasi pilihan MB Perak 3-0

KUALA SELANGOR, 25 FEB: Pasukan bola sepak pilihan Menteri Besar (MB) Selangor menewaskan pilihan MB Perak 3-0 dalam aksi persahabatan di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini, petang tadi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membantu pasukan mendahului 1-0 menerusi umpanan cantik yang dijaringkan pemain sayap kebangsaan Faisal Halim.

Jaringan kedua pasukan hadir menerusi penyerang muda Selangor FC 2 Aliff Izwan Yuslan sebelum bekas kapten skuad kebangsaan Muhammad Shahrom Kalam melengkapkan kemenangan 3-0 pilihan MB Selangor.

Terdahulu pasukan veteran Selangor menumbangkan veteran Perak 2-0.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima cenderahati daripada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika perlawanan persahabatan pilihan Menteri Besar Selangor melawan pilihan Menteri Besar Perak sempena Program Madani Rakyat Zon Tengah di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 25 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Koordinator perlawanan, Syafiq Iqmal Fozi berkata perlawanan yang dianjur sempena Program Madani Rakyat Zon Tengah bertujuan merapatkan ukhuwah antara pemain dan bekas pemain termasuk individu kenamaan.

Menurutnya, penganjuran itu juga atas permintaan Amirudin yang mahu merasai pengalaman beraksi bersama pemain bola negeri dan kebangsaan.

“Kebanyakan pemain yang dipanggil kali ini adalah bekas pemain yang berada dalam skuad negeri semasa beliau (Amirudin) menjadi pengurus pasukan antaranya Shahrom Kalam, Hadi Yahya dan Fitri Syazwan.

“Masih ramai bekas pemain Selangor yang masih boleh bermain seperti Malek Rahman dan Aiman Wong dan beliau ingin rasai pengalaman bermain serta buat pilihan untuk menentang pasukan pilihan MB Perak,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama selepas perlawanan persahabatan pilihan Menteri Besar Selangor melawan pilihan Menteri Besar Perak sempena Program Madani Rakyat Zon Tengah di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 25 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :