Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Dataran Parlimen pada 26 Februari 2024. Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Agong titah Malaysia terus aktif pupuk semangat perpaduan, lebih tegas tentang keganasan

SHAH ALAM, 26 FEB: Pendirian Malaysia dalam mendukung keamanan dan menentang keganasan harus disuarakan dengan lebih tegas di peringkat antarabangsa.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah selain itu di peringkat Asean mahupun dunia Malaysia perlu terus aktif berperanan dalam memupuk semangat perpaduan dan memacu kemajuan mengambil kira cabaran geopolitik serantau.

“Malaysia perlu tegas menyuarakan pendirian berhubung isu Palestin dengan menggesa supaya gencatan senjata segera dilaksanakan dan akses bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza di Palestin dipercepatkan,” titah Seri Paduka Baginda sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini.

Media antarabangsa melaporkan pengeboman tanpa henti dan pengepungan ketat Israel ke atas Semenanjung Gaza terus mengakibatkan krisis kelaparan semakin buruk sehingga ada antara penduduk terpaksa menyembelih kuda, makan rumput dan dedak ternakan demi kelangsungan hidup lapor AFP seperti dipetik WAFA.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lalu, membunuh lebih 29,690 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran serta kekurangan barang keperluan.


Pengarang :