ADN Kota Anggerik Najwan Halimi menyerahkan komputer riba kepada Muhammad Adam Zarkasyi yang mewakili anaknya disaksikan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor di Pusat Khidmat DUN Kota Anggerik, Shah Alam pada 26 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Sokong pembelajaran, bantuan komputer riba ringan beban penuntut IPT

SHAH ALAM, 26 FEB: Sumbangan komputer riba oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) meringankan beban ibu bapa berpendapatan rendah

Wakil rakyat Kota Anggerik berkata penyerahan 11 unit peranti itu antara usaha pusat khidmat DUN dengan kerjasama anak syarikat Kerajaan Negeri untuk menyokong pembelajaran anak Selangor bermula dari sekolah rendah hingga ke IPT.

“Dasar negeri amat menitikberatkan pendidikan. Justeru sumbangan ini diharap meningkatkan kemudahan pembelajaran. Saya harap sumbangan ini dapat dimanfatkan sebaiknya untuk belajar dan menamatkan pengajian dengan cemerlang.

“Saya hargai keprihatinan MBI terhadap keperluan pelajar, memandangkan mereka yang melanjut pengajian memerlukan peranti ini untuk menyiapkan tugasan mereka,” katanya ketika ditemui Selangorkini.

ADN Kota Anggerik Najwan Halimi dan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bergambar bersama penerima komputer riba di Pusat Khidmat DUN Kota Anggerik, Shah Alam pada 26 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Terdahulu, Najwan menyempurnakan penyerahan bersama Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor di pusat khidmat DUN Kota Anggerik di sini, hari ini.

Beliau menambah pihaknya menerima 40 permohonan bantuan peranti berkenaan dari penduduk sekitar di kawasan Kota Anggerik sehingga hari ini.

“Melalui permohonan yang diterima, kami akan membuat semakan dan saringan mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan MBI.

“Ia bagi memastikan sumbangan diberikan buat mereka yang memang layak dan memerlukan,” katanya.


Pengarang :