ADN Kota Anggerik Najwan Halimi dan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bergambar bersama penerima komputer riba di Pusat Khidmat DUN Kota Anggerik, Shah Alam pada 26 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

MBI sumbang komputer riba kepada penuntut IPT DUN Kota Anggerik

SHAH ALAM, 26 FEB: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang 11 unit komputer riba kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik di sini, hari ini.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya berkata pihaknya membelanjakan RM27,500 bagi pembelian 11 unit peranti model HP buat penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Kos bagi setiap unit MBI peruntukkan RM2,500. Di DUN Kota Anggerik 11 unit kita berikan setelah menerima permohonan pusat khidmat DUN.

“Insya-Allah lebih banyak lagi MBI akan santuni dan agihkan peranti di pusat khidmat DUN lain,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media selepas penyerahan komputer riba di Pusat Khidmat DUN Kota Anggerik, Shah Alam pada 26 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau ditemui selepas menyempurnakan penyerahan bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik Najwan Halimi di pusat khidmat DUN Kota Anggerik.

Dalam pada itu, Ahmad Azri memaklumkan MBI menyediakan bantuan komputer riba kepada mereka yang memerlukan mengikut syarat kelayakan setiap tahun.

“Antara syarat permohonan adalah keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM5,000 dan menuntut di IPT sama ada awam atau swasta.

“Permohonan boleh dibuat melalui pusat khidmat DUN masing-masing yang akan mengeluarkan surat sokongan kepada MBI,” katanya.


Pengarang :