Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-14 di Bangunan Annex pada 14 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sidang dewan negeri bermula esok, ikuti siaran langsung di platform Media Selangor

SHAH ALAM, 26 FEB: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-15 akan berlangsung 10 hari di Bangunan Annex di sini, mulai 27 Februari hingga 11 Mac.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dijadual berangkat dan mencemar duli merasmikan istiadat pembukaan DNS esok.

Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung persidangan menerusi https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor.

Laporan setiap hari ucapan dan perbahasan wakil rakyat juga boleh diikuti melalui portal selangorkini.my.

Laporan berita boleh dibaca melalui akhbar dan portal Selangorkini. Ia juga bakal dimuatkan dalam tiga edisi lain termasuk MandarinTamil dan Inggeris.


Pengarang :