SHAH ALAM, 27 FEB: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-15 akan berlangsung 10 hari di Bangunan Annex di sini, mulai hari ini hingga 11 Mac.
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dijadual berangkat dan mencemar duli merasmikan istiadat pembukaan DNS.
Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung persidangan menerusi https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor.
Laporan setiap hari ucapan dan perbahasan wakil rakyat juga boleh diikuti melalui portal selangorkini.my.
Laporan berita boleh dibaca melalui akhbar dan portal Selangorkini. Ia juga bakal dimuatkan dalam tiga edisi lain termasuk Mandarin, Tamil dan Inggeris.