AGENSISELANGOR

Dua ekor kambing antara hadiah cabutan bertuah larian santai

SHAH ALAM, 27 FEB: Dua ekor kambing antara hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan kepada peserta larian santai Ehsan SFV Fun Run anjuran Selangor Fruits Valley (SFV), Sabtu ini.

Selain kambing, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu memaklumkan peserta juga berpeluang memenangi hadiah utama iaitu skuter elektrik bernilai RM2,499.

“Selain kambing, anda juga mungkin berpeluang membawa pulang arnab, basikal, telefon bimbit, jam pintar dan baucar Decathlon bernilai RM200,” katanya menerusi Facebook.

Menurutnya acara terhad kepada 1,000 penyertaan itu masih dibuka dengan yuran RM40 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

“Peserta juga berpeluang menikmati bertih jagung, gula-gula kapas dan air kelapa percuma selain akan diberikan sehelai baju t-shirt, pingat dan sijil penyertaan,” katanya.

Pendaftaran larian santai SFV boleh dibuat menerusi pautan berikut https://www.mov3on.com/event-details.php?id=54 atau http://onelink.to/7yt9


Pengarang :